Penyanyi legenda Bruce Springsteen mengejutkan peminat yang membanjiri Johan Crujiff Arena di Netherlands, Amsterdam apabila terjatuh daripada tangga.

Insiden tersebut berlaku sewaktu Springsteen mahu naik semula ke atas pentas selepas dilihat berada pada bahagian bawah, lapor TheNewYorkPost.

Kejadian tak terduga itu dapat dilihat dalam potongan video yang dirakam secara kebetulan oleh peminat di tempat kejadian, malah video yang dikongsi di TikTok tersebut telah ditonton sebanyak 7.4 juta kali.

Pada saat ramai peminat yang bimbangkan kesihatannya, bintang berusia 73 tahun itu bagaimanapun dilihat bangun dan tidak mengalami kecederaan serius selepas terjatuh.

Pelantun lagu Dancing in the Dark itu malah bercanda dan menyapa peminat selepas terjatuh dengan berkata: “Selamat malam semua.”

Springsteen kemudian menerima tepukan daripada peminat sebelum dia menghabiskan konsert yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Pesohor yang juga terkenal dengan panggilan The Boss bersama E Street Band berada di Johan Crujiff Arena di Amsterdam untuk merilis single terbaru berjudul Ghost.

Mereka menjelajah Eropah, Perancis, Itali, Jerman, London, Olso, Munich, England dan banyak lagi dalam siri persembahan tersebut.