Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Buat Kejutan Gambar Raya Berambut Perang, Alya Iman Tidak Lagi Berhijab?

Mya Amri
23/04/2023 08:50 MYT
Pelakon Alya Iman membuat kejutan di Hari Raya pertama apabila dia memuat naik foto terbaharu tanpa memakai hijab.

Tidak hanya foto, Alya juga memuat naik satu video yang merakamkan dirinya memakai busana kurung moden berwarna biru dengan rambut panjang berwarna perang.

Manakala untuk hantaran berbentuk foto, Alya hanya menulis kapsyen ringkas dengan mengucapkan selamat hari raya.

"Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin," coretnya.

A post shared by Alya Iman (@alyimn)

Bagaimanapun untuk ruangan komen, Alya yang juga merupakan anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini menghadkan ruangan komen yang hanya dibuka untuk kenalan yang diikuti di media sosial miliknya sahaja.

Terdahulu, Alya pernah mencetuskan kontroversi pada Julai 2020 apabila didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Namun kata Alya, dia dan individu berkenaan sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac 2020.

Alya kemudiannya bertunang dengan seorang duda yang mempunyai dua cahaya mata iaitu Ridhwan Rosli sekitar 2020.

Bagaimanapun, dua tahun selepas itu ikatan pertunangan mereka putus dan Alya kini mahu memberikan fokus pada kerjaya.

#Buka Hijab #Tudung #Hijab #Buka Tudung #Raya #Alya Iman
;