Pelakon Emma Maembong akhirnya mengesahkan yang dia kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi satu hantaran di Instagram (IG) sebentar tadi, Emma bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya dan suami Muhammad Shazli Azhar

“Syukur alhamdulilah,” tulis Emma ringkas.

Dalam hantaran berkenaan, dia memuat naik potongan video yang menunjukkan sedang mencuba membuat kejutan berita kehamilannya itu kepada suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Di awal video berkenaan dia seolah-olah meminta suaminya membuat review produk di IG, namun wajah Shazli tiba-tiba terkejut apabila ternampak kit kehamilan di dalam kotak di hadapannya.

Shazli terus mengambilnya dan memeluk Emma sambil bertanya kebenarannya seolah-olah bagai tidak percaya di atas rezeki itu.

Mereka akhirnya berpelukan dan mengalirkan air mata kerana terharu dengan berita gembira berkenaan.

Emma turut menyunting video yang menunjukkan pelbagai reaksi daripada keluarga dan rakan artis yang menerima berita berkenaan.

Entri berkenaan mendapat perhatian rakan artis dan pengikutnya yang ratap-rata mengucapkan tahniah.

Terdahulu, Emma mengelak apabila dia didakwa sedang hamil anak kedua, malah dalam satu temu ramah kepada HLive memberitahu tiada niat untuk menyembunyikan berita kehamilannya sebaliknya hanya mahu mengumumkannya selepas bayi dalam kandungannya benar-benar kuat.

Sekadar info, Emma mendirikan rumah tangga bersama suaminya Shazli yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Febuari 2020 dan dikurniakan Shariq pada 8 November tahun sama.

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)