Pelakon Nad Zainal memilih untuk memakai baju yang lebih besar ketika bersenam di gim.

Tiada tujuan lain tapi kata Nad dia lebih selesa dengan pakaian begitu.

“Saya kalau ke gym memang suka baju besar-besar, terpulang selera masing-masing bukan nak tunjuk alim tapi saya selesa.

“Yang ada Tom Hardy (aktor antarabangsa),” tulisnya.

Pelakon Dendam Seorang Isteri itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram (IG) Story miliknya pada minggu lalu.

Dalam entri itu dia memuat naik sedang bersenam di sebuah gim dengan memakai baju T putih besar dan labuh.

Nad yang juga ibu kepada dua orang anak itu baru sahaja mengumumkan perceraiannya selepas tujuh tahun berumah tangga.

A post shared by NANAD (@nad.zainal)