Laman Utama

[VIDEO] Bumi Dah Selamat, Kapal Angkasa Bersaiz 'Mesin Gedegang' Berjaya Hentam Asteroid Dimorphos

Gempak
27/09/2022
05:30 MYT
Sebuah kapal angkasa kecil Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) berjaya menghentam asteroid Dimorphos dalam ujian yang bersejarah pada Isnin.
Ujian itu diadakan bagi mengetahui keupayaan manusia untuk menghalang objek kosmik daripada merosakkan kehidupan di bumi.
Hentaman itu berlaku pada jam 7.14 malam waktu Lauren, iaitu kira-kira lebih 10 bulan selepas kapal angkasa yang dikenali sebagai projek Ujian Pengalihan Asteroid Berganda atau DART berlepas dari California, AS untuk menjalankan eksperimen pertamanya.
Pengarah Bahagian Sains Planet NASA, Lori Glaze berkata perkara itu membuktikan masyarakat dunia sudah bersedia melindungi diri daripada asteroid yang berbahaya.
"Kami memulakan era baharu. Era di mana kami berpotensi mempunyai keupayaan untuk melindungi diri kami daripada sesuatu seperti kesan asteroid yang berbahaya," lapornya kepada AFP.
Dalam pada itu, NASA turut berkongsi sebuah video di laman Twitter ketika momen bersejarah itu diarakamkan sebelum pasukan mereka bersorak gembira di atas kejayaan tersebut. Perkongsian yang menerima lebih tiga juta tontonan di Twitter itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat seluruh dunia.
Sementara itu, NASA turut memaklumkan kos keseluruhan projek DART adalah berjumlah AS$330 juta (RM1.5 bilion), jauh lebih rendah daripada kebanyakan misi sains yang pernah dijalakan dalam mana-mana agensi angkasa sebelum ini.
Apa yang pasti ialah kedua-dua asteroid itu tidak menimbulkan ancaman kepada bumi kerana ia melepasi planet tersebut dan berada pada jarak kira-kira lebih 10 juta kilometer.
Selain itu, NASA berharap melalui hentaman tersebut, asteroid berkenaan akan bergerak ke orbit yang lebih kecil dan mengurangkan 10 minit masa yang diperlukan untuk mengelilingi Didymos.
Sumber – Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!

gempak
19/04/2024
06:00 MYT
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Laman Utama

Menakjubkan! NASA Kongsi Imej Pillars of Creation, Berusia 6,500 Tahun Cahaya

gempak
22/10/2022
15:52 MYT
Imej terkini Tiang-tiang Kejadian (Pillars of Creation) yang cukup memukau telah dikongsikan oleh NASA.
Laman Utama

NASA Tangguh Hantar Roket Ke Bulan Sebab Masalah…

gempak
30/08/2022
00:04 MYT
Roket ada masalah tak dapat ke bulan?
Laman Utama

Anak Kelahiran Muar Dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi NASA

gempak
10/05/2022
17:22 MYT
Selamat maju jaya.
Hiburan

Anda Boleh Tempah ‘Kubur’ Di Bulan Dengan Harga....

gempak
01/12/2020
09:26 MYT
Macam-macam dijualnya di Bulan