Anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kerap menjadi perhatian netizen di laman sosial disebabkan kehidupan dan penampilannya.

Namun kali ini, anak perempuan sulung Azhar iaitu Kasih Leia Ixora pula yang menjadi perbualan hangat netizen selepas aktor itu memuat naik beberapa video gadis berusia 22 tahun itu di TikTok.

Rata-rata netizen memuji kakak kepada Leona itu dan berharap aktor tersebut lebih kerap lagi berkongsi video puteri sulungnya itu.

“Tolong kongsi lagi banyak tentang Ixora. Dia sangat cantik dan kelihatan manis. Selalu nampak Leona Saja.

“Dia sangat baik, terserempak dekat TTDI, dan dia tegur penampilan saya nampak nice. Saya suka cara dia bercakap.

“Kongsi fasal Kasih Leia Ixora lagi, saya suka dia,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, terdapat netizen yang tidak menyangka Azhar mempunyai anak selain kembar Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.

Untuk info, Kasih Leia Ixora pernah mempunyai sebuah kumpulan yang diberi nama Senja.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@azharbsulaiman

Tudung Party??

♬ Suspense Music - Sound Collective