Laman Utama
[VIDEO] Caprice Ditegur Supaya Jangan Buka Aib Orang: “ Sudah-Sudahlah Buat Kerja Macam Ni. Rasulullah Marah”
Sejak kebelakangan ini, selebriti media sosial, Caprice dilihat sering menggunakan platform media sosial miliknya untuk berbincang perihal isu atau salah laku individu lain.
Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak senang melihat apa yang cuba diperjuangkan oleh penyanyi itu.
Sering menjadi sorotan netizen, kali ini, Caprice turut menarik perhatian seorang kaunselor di platform TikTok.
Menerusi akaun TikTok @crhjmokhtar, kaunselor berkenaan menegur sikap Caprice yang suka mencari kesalahan orang lain.
Kata kaunselor berkenaan, perbuatan menghebahkan aib orang adalah satu hal yang tidak baik dan tidak disukai oleh Nabi Muhammad SAW.
@crhjmokhtar VIRAL KASI CAPRICE.... #puazman #caprice #muhasabahdiri #ayahhj #crhjmokhtar #tiktok #fypシ ♬ original sound - Kaunselor HjMokhtar (AyahHj)
“Allah dunia akhir zaman ini. Tak sudah-sudah kita nak cari kesalahan orang dan viralkan biar orang ramai tahu. Masya-Allah.
“Caprice tolonglah, sudah-sudahlah buat kerja macam ni. Rasulullah marah. Tak suka kepada orang yang buka aib sendiri apa lagi aib orang lain. Janganlah,” katanya.
Dalam pada itu, kaunselor berkenaan menambah, jika apa yang diviralkan oleh Caprice merupakan perkara yang tidak betul, ia boleh menimbulkan fitnah dan seterusnya boleh menjadi dosa.
“Kalau benda itu tak betul dosa kita akan berantai-rantai kerana viral kan ke seluruh dunia. Sudah-sudahlah mari ingat mati. Kita jadi orang baik, buat kerja baik tak payah nak jadi pembela agama, pembela bangsa dengan guna kuasa viral dan aibkan orang lain. Ingat mati.” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video