,
Laman Utama

[VIDEO] “Come On, Anak Jantan Lah Sikit” - Danial Zaini Tak Puas Hati Isu Bergaduh, Tuntut Joey Jumpa Depan-Depan

Mya Amri
21/04/2023
04:50 MYT
Pelawak, Danial Zaini akhirnya tampil menjelaskan bahawa isu pergaduhan di tempat letak kereta yang tular baru-baru ini masih lagi belum selesai seperti didakwa Joey Daud.
Danial menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya menuntut untuk bersemuka dengan Joey bagi menyelaikan isu berkenaan.
“Tujuan saya buat video ini untuk menjawab benda yang viral baru-baru ini di mana video viral saya bergaduh dengan Joey di parking kereta.
“Kenyataan daripada Joey dia kata isu dia dan saya dah selesai. Benda yang sebetulnya isu saya dengan abang Joey belum lagi selesai,” maklumnya.
Dalam video yang sama, Danial juga menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Joey yang hanya memberikan kenyataan tanpa bertemu secara berdepan dengan dirinya.
“Saya masih lagi tidak berpuas hati dengan Joey. Kalau nak selesai, jumpa saya bertentang empat empat mata baru boleh selesai.
“Come on lah abang Joey, anak jantan lah sikit,” ujarnya.
Danial bagaimanapun tidak memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai insiden tersebut.
BACA: [VIDEO] Joey Daud Mengaku Bergaduh Dengan Danial Zaini Di Parking Kereta - “Saya Mohon Maaf Kerana..."
Terdahulu, video berdurasi 1:01 saat di media sosial itu merakamkan pelawak berkenaan telah melakukan kekerasan terhadap seorang individu.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan pelawak itu memeriksa bahagian kanan keretanya sebelum memarahi individu yang didakwa melanggar keretanya.
Sebelum berlaku kekerasan, kelihatan individu itu juga seolah-olah memberikan provokasi melalui kata-kata kepada pelawak tersebut.
Video itu dirakam dari dalam sebuah kenderaan oleh seorang pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi berkenaan sambil memetik nama Joey.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Struggle, Tak Rasa Kaki Belajar Sukan Lawan Pedang

gempak
05/09/2024
12:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Hiburan

Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”

gempak
14/08/2024
03:25 MYT
Perkongsian rakan kepada Shuk Sahar dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai di Instagram yang mendedahkan tentang masalah rumah tangga pelawak itu dengan isterinya, Fara Salleh menarik perhatian netizen.
Berita

Gaduh Rebut Parking Sampai Viral, 2 Wanita Ditahan Polis

gempak
02/08/2024
08:46 MYT
Akibat berebut tempat meletak kenderaan, dua wanita ditahan polis bagi membantu siasatan.
Viral

Tikam Mati Kawan 15 Kali Gaduh Persoalan ‘Ayam Atau Telur Keluar Dulu’

gempak
31/07/2024
02:30 MYT
Seorang warga Indonesia menikam rakannya sehingga mati selepas bertengkar mengenai persoalan yang juga menjadi gurauan klasik sepanjang zaman.