Pasangan selebriti, Janna Nick, 26, dan Dini Schatzmann, 27, sering menjadi tumpuan warganet di media sosial.

Terbaru, Janna ada berkongsi sepotong rakaman video di Instagram (IG) ketika dia dan Dini sedang menuju ke sebuah restoran.

Menerusi hantaran itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir tidak berpuas hati apabila teman lelakinya itu mengajaknya ke pusat gimnasium selepas selesai makan.

"Baby, where you want to eat? Saya nak makan dekat Village Park. Kat situ sayang!

"Kena pusing sayang, sekejap. Situ jalan sehala.

"Awak dah tahu dah memang nak makan kat Village Park. Saya lapar!

"Ok ok I go faster. Tapi lepas makan kita pergi gym (gimnasium) okay sayang. Teman saya pergi gym nak?

"Kenapa nak ajak saya pergi gym? ,

"Tak baby. Saya nak awak teman saya pergi gym.

"Tak! Kita tengah cakap pasal makanan. Dan tiba-tiba awak nak ajak saya pergi gym. Awak nak cakap saya gemuk.

"Saya memang nak pergi gym. Jadi saya nak awak teman saya," antara perbualan Janna dengan Dini.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)


Gara-gara itu, pelakon drama Marry Me, Senorita membatalkan niatnya untuk pergi makan dan ingin pulang ke rumah.

Namun, pemilik nama Dini Azan Schatzmann pantas memujuk cinta hatinya itu dan memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

"Tak! Saya dah tak rasa nak makan! Hantar saya balik ke rumah.

"Saya minta maaf, jangan macam tu. Saya tak bermaksud macam itu. Tak apa, saya boleh pergi sendiri.

"Tak boleh pergi sendiri nanti menggatal dengan perempuan lain," kata pasangan sejoli ini.

Sekadar makluman, Janna dan Dini mula menjalin hubungan percintaan sejak Jun 2019.

Jangan lupa saksikan gandingan mereka menerusi drama Marry Me, Senorita pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).