Laman Utama

[VIDEO] Da’i Syed Bergurau Nak Kahwin Lain, Netizen Perasan Muka Isterinya Berubah

Izwan Isa
09/12/2022
12:50 MYT
Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupan pasangan personaliti Da’i Syed dan Hana Ismail sering menyorot perhatian netizen.
Ramai antara pengikut kedua-dua individu itu dilihat sering melontarkan kata-kata pujian, dan respons positif selepas mereka bergelar suami isteri.
Terbaharu, ketika mereka sedang bersiaran langsung di sebuah platform media sosial, Da’i Syed bergurau yang dia akan meminta izin terlebih dahulu kepada Hana jika ingin bernikah lagi.
@anglemira.ak KISAH CINTA DAISYED #daisyed #hanaalmauzah #sweetcouple #fypシ #foryoupage #explore #mstar #fypシ゚viral ♬ original sound - randomvids!?
“Tapi saya minta izin dululah…” seloroh Da’i Syed.
“Ada pula niat dia…” sambung Hana pula.
Da’i Syed berkata, selama mereka bersama, dia tidak pernah berkata-kata atau berniat untuk berkahwin lain.
“Tak pernah keluar pun daripada mulut saya… awak yang fikir benda tu. Saya cakap jangan sebut benda-benda macam tu.
“Saya kahwin dengan awak sorang je sampai bila-bila,” katanya.
Melihat ruangan komen, ada antara netizen yang perasan perubahan raut wajah Hana ketika Da’i Syed bergurau seperti itu.
“Sayu tengok air muka Hana. Semoga Syed jaga Hana sebaiknya. Jaga hati Hana sampai syurga. You are so lucky to have her.”
“Muka Hana dah berubah tu.”
“Betul. Jangan fikir dan takut sangat tentang benda macam tu. Sebab perkara yang kita takutkan sangat tu selalu jadi ujian untuk kita. Doa yan baik-baik.
“Faham isi hati Hana. Tak apa Hana doa baik-baik moga jodoh kalian sampai ke syurga.”
Untuk rekod, Da’i Syed menikahi Hana, seorang personaliti televisyen pada 3 Disember lalu, hanya selepas sebulan mengenali hati budi masing-masing.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bakal Bergelar Bapa, Da'i Syed Mahu Tukar Imej Bersesuaian - “Saya Berniat Potong Rambut…”

gempak
22/07/2024
01:02 MYT
Pendakwah selebriti, Da'i Syed mengakui sedikit gementar untuk menimang cahaya mata sulung dan sekaligus memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Hiburan

Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan

gempak
04/07/2024
01:52 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Laman Utama

"Kami Sampai..." - Isteri Akui Rumah Tangga Pernah Goyah Berikutan Kontroversi Rogol Da'i Syed

gempak
10/09/2023
23:45 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

“Saya Bukan Malaikat…” - Hana Ismail Sebak, Akui Terkesan Dakwaan Gugur Kerana Kifarah

gempak
29/08/2023
08:55 MYT
Besar dugaan Hana...
Laman Utama

Isteri Didakwa Keguguran Kerana Kifarah, Da’i Syed Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Dua Wanita

gempak
28/08/2023
07:40 MYT
Da'i Syed mahu ambil tindakan