Sejak diumumkan menyertai program terbaharu Astro Warna iaitu UBI SUPERSTAR LIVE, nama pelawak Shuib menjadi tumpuan utama.

Ini kerana Shuib sebelum ini merupakan anggota kumpulan lawak popular iaitu Sepahtu dan juga menyertai program Sepahtu Reunion Live.

Bagaimanapun kali ini untuk merasai sesuatu yang baharu, Shuib menyertai UBI SUPERSTAR LIVE sebanyak empat episod bersama Fad, Namie, Sharif dan juga Ajak.

Shuib juga turut berkongsi video sedang menyanyi dan cuba mengharmonikan nada lagu bersama empat pelawak lain.

“Angin baru, doakan kami. Nak seronok-seronok je tak nak stress, nak berlelucuan,” tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen juga dihujani dengan ucapan tahniah dan tidak kurang juga ada yang mula mengusik Shuib untuk menukar gelaran Sepahtu kepada Ubi.

Antara komen yang diterima:

“All the best! Dah boleh tukar nama bang jadi Shuib Ubi hahaha,”

“Bang kenapa sekali pandang dah macam Ayash ni hahahah, tukar nama bang Shuib Ubi hahah,”

“Tak sabar nak tengok korang melawak sebab Ubi memang best, setiap orang ada peranan masing-masing,”

UBI SUPERSTAR LIVE bersiaran secara langsung pada 23 Februari 2023, setiap Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang fleksibel, para penonton turut boleh strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.