Menjelang tayangan filem Abang Long Fadil 3 pada 8 September kelak, klip video runut bunyi bagi naskhah berkenaan, Payung juga bakal dilancarkan dalam masa dua hari lagi.

Menerusi kemas kini Instagram Zizan Razak, pelakon yang memegang watak Fadil itu berkongsi sedutan klip video yang turut menampilkan penyanyi dan heroin, Elizabeth Tan.

“Lagi dua hari kita orang nak payung korang klip video rasmi Payung. Dah ready ke belum? Stay tuned to channel YouTube Rocketfuel Network guys!” tulisnya.

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)


Menerusi ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan klip video berkenaan.

Selain itu, ada juga yang memuji gaya dan penampilan Zizan yang kemas menerusi sedutan yang dikongsikan.

Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.