Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa terkilan apabila masih ada segelintir pihak produksi yang memandang rendah kebolehan pelakon hanya berdasarkan perubahan fizikal.

Eizlan menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya menyatakan perasaan kecewa apabila usia antara faktor atau pun alasan tidak layak untuk menjayakan filem aksi.

“Dah tua… Yes… Dah gemuk… Yes… Tapi boleh sahaja berlakon filem aksi ikut momentum semasa,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, Eizlan juga turut menasihatkan agar hentikan budaya memalukan orang lain kerana khuatir akan kembali kepada diri sendiri.

“Dalam hidup kita ini jangan terlalu mendongan ke langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi.

“Sekadar pandangan dari orang tua yang kerdil ini. Hentikan body shaming dan hormati antara satu sama lain,” tulisnya.
@eizlanyusof dah tua... yes... dah gemuk... yes tapi boleh ajer berlakon #filem #aksi ikut momentum semasa... dlm hidup kita ni, jgn terlalu mendongak ke langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi.. sekadar pandangan dari org tua yg kerdil ini.. #stop #bodyshaming and #respect each other ? #Filem #Malaysia #KerambitTheMovie #fypシ゚viral #ComingSoon #foryourpage #fyp #foryoupage #fypage ♬ GANGSTERS - Emmett Zetto & Talentless

Dalam perkembangan terbaharu, Eizlan bakal muncul dengan filem Kerambit tidak lama lagi.

Terdahulu, isu ini hangat diperkatakan di media sosial selepas pengarah, Syamsul Yusof mendedahkan sebab sebenar pengguguran nama pelakon hebat, Datuk Aaron Aziz dari filem The Original Gangster baru-baru ini.

BACA: “Saya Ambil Semua Kesalahan & Bertanggungjawab”- Syamsul Yusof Tak Mahu Isu Dengan Aaron Aziz Dipanjangkan

Antara sebabnya adalah faktor masalah kesihatan, usia dan juga perubahan fizikalnya.