Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Da’i Syed Main Hujan Dengan Isteri, Netizen Pula Akui Sweet Sampai Terseksa Jiwa Raga!

Izwan Isa
11/12/2022 01:00 MYT
Pasangan pengantin baharu, Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila berkongsi momen-momen manis bermain dalam hujan bersama menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menerusi video yang dikongsikan oleh kedua-dua mereka itu, kelihatan Hana meminta izin dan mengajak Da’i Syed untuk mandi hujan bersamanya.

“Jom mandi hujan,” ajak Hanna.

“Buat apa mandi hujan?” Da’i Syed memulangkan kembali soalan kepada isterinya.

“Sunnah,” jawab Hannah ringkas.

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)


Menuruti permintaan isterinya, Da’i Syed keluar dari rumah dan menemani Hanna yang dilihat gembira mengayuh basikal di persekitaran rumah ketika hujan turun dengan lebat.

Menerusi ruangan kapsyen, Da’i Syed menulis: “Umur awak sebenarnya berapa sayang? Semoga turun keberkatan kepada kita seperti turunnya air hujan ini, amin,” katanya.

Meninjau pula ruangan komen, ramai menyifatkan momen yang dikongsikan oleh Da’i Syed sebagai satu momen yang sangat manis.

“Kita dah berapa kali duk ulang-ulang video ni. Suka sangat tengok. Semoga hubungan ni kekal hingga ke Jannah. Amin.”

“Apa ni Syed nak sweet sweet hide lah dari kami tersiksa jiwa raga.”

“Sapa macam kita tengok ulang-ulang sweetnya lahai.”

“Sweetnya lahai ni bukan single je nangis bucu katil, kita yang dah kahwin pun join nangis.”

Sementara itu, pelakon Nabila Huda turut meninggalkan komen pada video berkenaan.

“Alolololololo!!! Sweetnya both of you! Enjoy with the best journey in life, you two,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Sweet #Da'i Syed #Hana Ismail #Main Hujan
;