Tular sebuah video di aplikasi TikTok apabila seorang pengguna yang memiliki kelebihan 'hijab terbuka' sekadar berniat merakam persekitaran kawasan rekreasi air terjun namun tanpa disangka sesuatu perkara aneh berlaku.

Menerusi kapsyen wanita berkenaan, dia mendakwa video yang dirakamnya melihatkan seekor ular yang amat besar di dalam kawasan air terjun berkenaan.

“Korang yang terbuka hijab ada nampak tak dalam air ada ular yang sangat-sangat besar tetapi tidak pasti sama ada ular atau naga.

“Tidak akan dapat dilihat jika menggunakan mata kasar, tetapi bagi sesiapa yang Allah bagi dia keistimewaan maka dia akan dapat melihat dengan izin-Nya.

“Kalau nak pergi kawasan sini tolong berhati-hati kerana dikhuatiri dia akan memukau dengan kecantikannya di situ,” tulis wanita berkenaan.

Video yang dimuat naik di akaun @Noratikaaaaa_ telah menerima lebih 100,000 tanda suka dan 1.6 Juta tontonan.

Sementara itu, di ruangan balas melihatkan beberapa komen wargamaya yang turut bersetuju dengan kenyataan wanita berkenaan disebabkan memiliki kelebihan yang sama.

“Maaf, saya bukan nak buat-buat tahu tetapi memang saya betul boleh nampak benda yang mungkin orang tidak boleh melihat. Betul ada seekor ular di dalam air itu yang sangat besar bewarna hitam.

“Ada beberapa di kawasan itu, tetapi yang di dalam air itu siluman ular, wujud asli dia seorang puteri dengan mahkota di atas kepalanya, jangan buat bising sebab dia tidak suka.

“Memang dalam air ada dan kawasan sekeliling itu pun ada. Diam sahaja kalau masuk kawan macam ni,” antara komen yang dikongsi wargamaya.

Difahamkan kawasan rekreasi berkenaan terletak di daerah Dungun, Terengganu.

@noratikajamal

Yg thu jew thu?##fyptik ##masukberada ##tiktokpelikfyp ##supportpls ##tiktokmalays ##tiadatuhanselainallah

♬ original sound - ???ℎ???? ?