Sebagai kakak, pelakon Anzalna Nasir sentiasa memberi sokongan kepada adiknya iaitu Afifah Nasir dan turut memuji keberanian aktres itu menyanyi dalam sebuah program realiti yang disertainyai baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir berkata, dia sendiri akan berasa gemuruh sekiranya dia berada di tempat adiknya itu.

Malah, Anzalna juga sempat berseloroh mengatakan, suara Afifah masih boleh diasah dengan menggunakan pengasah pisau.

“Saya kalau menyanyi depan orang ramai rasanya terkeluar terus suara kambing sebab gemuruh! Tapi dia (Afifah Nasir) sangat beranilah!

“Suara sedap boleh diasah dengan pengasah pisau, hahaha,” tulis Anzalna.

Pada perkongsian itu, Anzalna turut memuat naik sepotong video pendek yang menyaksikan Afifah sedang menyampaikan lagu Bertakhta Di Hati nyanyian asal penyanyi Faradhiya dalam program berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kapsyen yang ditulis Anzalna selain ramai juga antara mereka yang memuji kemerduan suara Afifah.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang teringat akan gelagat Afifah yang suka bergelak besar.

“Bukan takat berani menyanyi depan orang ramai saja… berani ketawa depan orang ramai juga sis waktu Sepahtu Reunion tu.

“I boleh sponsor baru asah… memang sedap suara dia tau. Makin minat kat dia.

“haha saya akan selalu tunggu komen Anzalna kalau gini haha terhibur betul,” komen beberapa netizen.

@anzalnanasir I kalau menyanyi depan orang ramai rasanya terkeluar terus suara kambing sebab nervous! This girl @Afifah nasir ♬ original sound - Anzalna Nasir