Video Dashcam Kereta, CCTV Rumah Jadi ‘Saksi’ Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina
Maliah Surip
17/08/2023 12:16 MYT
17/08/2023 12:16 MYT
Sejumlah potongan rakaman video, rangkaian gambar malah rakaman CCTV rumah yang merakam nahas sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan Elmina Central Park, U16, Shah Alam, Selangor kini tular di media sosial.
BACA: Tragedi Pesawat Terhempas: Penunggang Motosikal Sempat Jerit Allahuakbar
BACA: Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Shah Alam, Ada Mangsa Dikhuatiri Maut?
Antara video yang paling popular di media sosial termasuk dikirim dalam kumpulan WhatsApp adalah rakaman dashcam atau kamera papan pemuka milik seorang pemandu yang sedang melalui jalan di mana nahas berlaku.
Menerusi rakaman dashcam dari kenderaan jenis Toyota itu, dapat dilihat dengan jelas sebuah pesawat menjunam ke arah jalan sebelum api meledak dengan besar dan membuat pemandu cemas.
Pemandu kemudian dilihat cuba menyelamatkan diri dari terlibat dalam nahas yang berlaku di depan mata.
Sementara itu menerusi sebuah rakaman CCTV bahagian tepi sebuah kediaman menyaksikan bagaimana pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV itu terhempas.
Jelas kelihatan dari jarak jauh, pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu menjunam laju ke arah jalan raya sebelum meletup dan api marak menjulang ke ruang udara.
Menerusi laporan media massa, 10 mangsa terkorban dalam nahas yang berlaku sekitar pukul 2.48 petang itu.
Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud dalam kenyataan mengesahkan sejumlah enam penumpang dan dua krew penerbangan berada dalam pesawat yang terhempas manakala dua yang maut adalah pengguna jalanraya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.