Laman Utama
[VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - “Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia…”
Madu kepada penyanyi Adira Suhaimi yang dikenali sebagai Datin Red atau nama sebenarnya Syarifah Nor Syafila berkongsi pendapat mengenai kehidupan bermadu.
Datin Red berkata hubungan baik dengan Adira bukan bermaksud perlu berkongsi di laman sosial sebaliknya ia terjadi disebabkan mereka saling menghormati satu sama lain.
“Bagi pendapat saya, baik itu tidak semestinya akan post dekat media sosial berlaga-laga pipi. Baik itu adalah dia hormat aku, aku hormat dia dan tak masuk campur hal rumah tangga masing-masing.
“Jaga rumah tangga masing-masing… saya kalau dekat luar terserempak dengan dia, kami okay. Dia hormat aku sebagai kakak dan aku hormat dia sebagai adik,” katanya.
Datin Red berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @lynn_ishak dan mendapat perhatian dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian yang sama, Datin Red turut mendedahkan suami dia dan Adira iaitu Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu yang enggan keluar bersama dua orang isterinya.
“Untuk keluar sama-sama, laki aku yang tak nak. Laki aku cakap, takut tidak dapat menjaga hati isteri-isterinya. Itu saja laki aku cakap.
“Aku okay, tapi dia yang takut mengecilkan hati isteri-isterinya,” ujarnya.
Terdahulu, gelagat mesra Adira dan Datin Red yang dilihat sama-sama menghadiri sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur mendapat pujian netizen.
Untuk info, info, Adira telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.
Pasangan ini turut dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayoub.
Manakala Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.
Must-Watch Video