Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Dayang Areeda Diserang Netizen Gara-Gara Gurauan ‘Kekasih’ Tengku Hassanal

Asyikin Mayudin
24/02/2023 06:55 MYT
Gara-gara menyebut nama seorang kerabat diraja menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelakon Dayang Areeda diserang netizen.

Tindakan Areeda yang bergurau mengatakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah sebagai kekasih dianggap melampau.

Bagaimanapun Areeda tidak melenting tetapi terkejut apabila hal kecil yang dikongsi secara suka-suka apabila menyatakan keluar dengan ‘kekasih’ merujuk kepada Tengku Mahkota Hassanal boleh mencetuskan kemarahan di luar jangka.

“I tak faham ada pergaduhan berlaku dekat I punya video yang I cakap yes, I pergi Pahang jumpa boyfriend I. Okay video itu adalah gurauan sebab ada orang komen ‘ouh ni ke pacar Tengku Hassanal’.

“I jawab ‘yes I pergi Pahang sebab jumpa boyfriend i’. Lepas itu ada la satu komen dia cakap ‘he is engaged la’. So I macam okay I minta maaf sebab I gurau saja,” jelas Areeda.

Tambah Areeda lagi, dia mengakui mempunyai perasaan minat terhadap Tengku Mahkota Hassanal namun ia sekadar itu sahaja.

Biarpun ramai lagi netizen mengetahui video yang dibuat itu sekadar gurauan, namun ia menjadi perbualan serius selepas individu tersebut meninggalkan komen sebegitu.

“Yes, I minat sangat dengan Tengku Hassanal tapi it is just minat saja okay. Lepas itu I rasa semua orang dekat komen itu tahu video itu hanya gurauan.

“Tapi masuk satu saja komen ini, terus macam serius sikit. So, can anyone please explain to me what is happening now? I tak faham cerita,” ujarnya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

undefined
#Tengku Hassanal #Dayang Areeda #Areeda #Areeda Tengku Hassanal