Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Demi Mat Kilau, Adi Putra Taja Diri Sendiri Untuk Hadir Malam Gala Di Jakarta

Shahrin Zulkifle
27/08/2022 05:30 MYT
Pelakon Datuk Adi Putra akhirnya tiba di Jakarta, Indonesia bagi menghadiri Malam Tayangan Gala Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung pada Jumaat.

Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram, Adi meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana dijemput oleh wakil pengedar filem Indonesia iaitu CBI Pictures, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan rakan pelakon, Yayan Ruhain.

Malah, dilihat sama dalam video tersebut iaitu pelakon Johan Asari yang turut membintangi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang memegang watak sebagai Yassin.

“Terima kasih kerana menjemput saya (Adi) dan Johan ke Jakarta untuk Tayangan Gala filem Mat Kilau di sini (Jakarta).

“Semoga dipermudahkan oleh semua penonton Indonesia dan semoga mendapat sambutan yang baik oleh peminat-peminat disini,” katanya menerusi video tersebut.

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)

Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaharu Johan di Instagram, dia memaklumkan perjalanan mereka ke Jakarta adalah ditaja oleh Adi sendiri.

“Terima kasih abang Mat Kilau (Adi) kerana menaja segala perbelanjaan daripada perjalanan, penginapan hingga lah kepada makan dan minum Yassin (Johan).

A post shared by Johanarrif Arrif (@johanarrif_asari)

Sementara itu, wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut mendoakan perjalanan Adi dan rakan-rakan lain sepanjang mempromosikam filem tersebut di Jakarta.

Terdahulu, Gempak melaporkan Adi tidak akan hadir ke Jakarta bagi mempromosikan filem tersebut disebabkan berlaku salah faham diantaranya dengan pihak Kembara Studio apabila gagal dihubungi Adi.

BACA: Adi Putra Tak Mahu Hadir Tayangan Gala Mat Kilau Di Indonesia, Gara-Gara…

#Fattah Amin #Adi Putra #Johan Asari #Mat Kilau #Studio Kembara #Kebangkitan Pahlawan #Shamsul Yusoff