,
Laman Utama

[VIDEO] “Dia Auto Jadi Bapak-Bapak” – Isteri ‘Abang Bomba Viral’ Dedah Sisi Lain Suami Di Rumah

Shahrin Zulkifle
06/09/2022
07:30 MYT
Sejak akhir-akhir ini, nama ‘Abang Bomba’ hangat menjadi sebutan pengguna media sosial ekoran aksi beberapa anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia menayangkan otot ketika Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 pada 31 Ogos lalu.
Malah, aksi ‘belanja’ posing didepan umum oleh anggota bomba tersebut menarik minat kebanyakkan para gadis di luar sana.
Terbaharu, isteri kepada salah seorang anggota bomba berkenaan berkongsi sisi lain suaminya dirumah menerusi satu hantaran video di akaun TikTok, @tyqaheyka.
Menerusi video tersebut, Tyqa menyifatkan suaminya seorang yang ringan tulang dan sering membantu menjaga anak-anak di rumah.
“Asyik keluar ja pasal abang-abang bomba sejak merdeka hari itu, tapi dekat rumah dia (suami) auto jadi bapak-bapak kena jaga dan mengasuh anak-anak juga,” tulisnya pada kapsyen.
@tyqaheykaa Asyik #fyp ja abam2 bomba sejak #harikemeredekaan haritu??..tapi kat rumah depa ni auto jd bapak2 na kna mngasuh anak jugak?..posing2 ni arahan atasan ja..yg btl2 xda nya nk posing hahahahaah… #merdeka #bomba #abambomba #malaysia ♬ super freaky girl x luxurious - xxtristanxo
Malah, Tyqa turut memaklumkan aksi menayang otot yang dipamerkan suaminya adalah disebabkan tuntuan kerja.
“Posing-posing atas arahan sahaja, kalau betul-betul dia tak nak pun haha,” tambahnya.
Biarpun suaminya menjadi perhatian umum, namun Tyqa dilihat tidak mengambil hati, malah dia ikut terhibur melihat gelagat sesetengah wargamaya.
Sementara itu, meninjau ke ruangan balas, ramai yang memuji sikap ‘cool’ Tyqa.
@nonie: “Akak masih chill eh satu Malaysia crush dekat suami akak haha”.
@dianabukan: “Akak menang paling rileks, huhu”.
@cattymeline: “Akak la pemenang sebenar haha”.
@axnxx.s : “Akak terpaling sempoi, yang lain banyak tak rilek,” antara komen wargamaya.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut menerima lebih 3.6 juta tontonan dan 350 ribu tanda suka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.