Laman Utama

[VIDEO] “Dia Beritahu Sakit Perut…”-  Pengarah Hantu Raya Pergi Perang Kongsi Cerita Adibah Noor Jatuh Sakit Ketika Di Set

gempak
Syafiqah Jalal
08/07/2022
13:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Dia Beritahu Sakit Perut…”-  Pengarah Hantu Raya Pergi Perang Kongsi Cerita Adibah Noor Jatuh Sakit Ketika Di Set
Disebalik wajah dan aksi yang ceria, permata Allahyarham Adibah Noor menyimpan seribu satu cerita mengenai dirinya yang sebenar.
Begitulah yang dapat dirasai oleh pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin, apabila melihat sendiri bagaimana keadaan Adibah Noor yang mula jatuh sakit dan melalui pembedahan kali pertama ketika menjalani penggambaran Hantu Raya Pergi Perang (HRPP) pada Mei lalu.
“Sebenarnya penglibatan Adibah dalam siri ini agak besar dia memainkan karakter villain. Cuma bila kita dapat tahu dia sakit itu kami terpaksa tulis balik skrip dan menghentikan penggambaran untuk wataknya di hari kedua.
“Ceritanya begini, masa hari kedua penggambaran itu dia ada mengadu sakit di bahagian dalam perutnya. Hari itu adalah hari terpanas di Malaysia ditambah pula kami menjalani penggambaran di padang kampung orang Asli, saya bimbang jika ia menjadi salah satu sebabnya.
“Satu perkara tentangnya dia tak mahu orang simpati dengannya serta tak mahu susahkan semua orang. Jadi dia tetap selesaikan penggambaran dan selepas selesai dia kata akan menjalani pembedahan tetapi dia tak beritahu selanjutnya, cuma dia kata ada ketumbuahan sahaja,” katanya.
Hasliza bercerita secara eksklusif kepada Astro Gempak ketika ditemui di bangunan Astro Bukit Jalil, kelmarin.
Adibah meninggal dunia pada 18 Jun lalu kerana kanser ovari.
Meskipun kagum dengan kegigihan serta komitmen yang diberikan oleh Adibah, Hasliza tetap berkeras untuk memintanya memberi fokus kepada kesihatannya dan tidak perlu menyambung penggambaran seperti biasa.
“Oleh kerana dia tidak mahu proses penggambaran terganggu, dia siap cakap hendak kembali ke set keesokan hari selepas selesai pembedahan.
“Kami cakap tak perlu kerana sepatunya kesihatan dia yang menjadi keutamaan tapi dia kata tak mahu susahkan orang dan kami tetap mintanya berehat.
“Memang sepatutnya dia perlu menjalani enam hari penggambaran keseluruhannya tetapi hanya sempat dua hari sahaja ketika itu,” ceritanya lagi.
Hazliza sempat berkongsi mengenai pendapat Adibah yang akui suka akan naskah yang dibawa dan mahu ia difilemkan.
“Dia memang suka dengan naskah ni sebab dia kata dia gelak sampai guling-guling ketika membaca skrip.
“Nampak dia sangat suka dan teruja sehingga dia kata sepatutnya cerita ini difilemkan,” kongsinya lagi.
Selain Adibah Noor, HRPP turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak dan Azhar Sulaiman. Episod baharu Hantu Raya Pergi Perang pula disiarkan pada setiap Jumaat. Episod pertama PERCUMA, dan langgan serendah rm15.90 sebulan untuk episod seterusnya.
Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan kegemaran anda secara langsung dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih anda dan laman web www.sooka.my. Muat turun aplikasi sooka di Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih).
Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan kontrak dan tapa komitmen. Klik disini untuk terus menonton Hantu Raya Pergi Perang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live