Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] "Dia Dah Rahsiakan Sebulan..."- Aril Menangis Dapat Kejutan, Isteri Ada Fibroid Hamil Selepas 8 Tahun Penantian

Mya Amri
16/03/2023 09:50 MYT
Penyanyi, Aril Pilus tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja mendapat berita isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin hamil anak kedua.

Berita gembira itu dikongsi Aril menerusi video terbaharu yang di muat naik di akaun Instagram miliknya.

Video merakamkan momen gembira itu bertukar sebak apabila Aril menitiskan air mata selepas melihat keputusan yang tertera di alat ujian kehamilan itu.

Tidak hanya Aril, anak sulungnya iaitu Tun Adriel Mikael juga turut mengalirkan air mata gembira.

“Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdulillah, doa kami Allah SWT dengar. Kena kejutan dengan isteri sambil minum kopi.

“Dia rahsiakan dari saya dalam sebulan lebih. Amin… Amin… Amin… Selepas lapan tahun menunggu, dengan dengan isteri saya ada masalah fibroid.

“Allah SWT kurniakan rezeki kepada hambanya, biarlah saya tak mewah wang ringgit, tapi rezeki Allah SWT kali ini cukup-cukup bermakna untuk saya dan keluarga… Amin.

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan saya dan keluarga, semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin…” coretnya.

A post shared by Khairil Azam Pilus (@arilpilus)


Sementara itu, ruangan komen hantaran itu juga dihujani dengan ucapan tahniah peminat dan juga rakan artis.

Antaranya:

“Allahu berkaca aku tengok ni. Tahniah bro, welcome to the club bro ,” - Fizo Omar

“Alhamdulillah my abany dan kakak,” - Ayda Jebat

“Allahuakhbar, tahniah abang,” - Elfira Loy

“Tahniah korang, semoga selamat mommy dan baby,” - Idayu


Terdahulu, Aril dan Puteri mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2013.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun.

#Hamil #Aril Pilus #Fibroid #Puteri Erma Edlinda
;