[VIDEO] “Dia ‘Hentam’ Saya Macam Saya Ambil Suami Dia” - Puteri Sarah Luah Perasaan Isu Rumah Tangga Bersama Nad Zainal Di IG Live
Izwan Isa
06/07/2022 04:20 MYT
06/07/2022 04:20 MYT
Nampaknya, polemik rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih lagi belum reda. Terbaharu, Sarah menerusi Instagram Live yang dijalankan bersama dramatis Nad Zainal membincangkan hal-hal berkaitan isu berkenaan secara terbuka.
Antara intipati perbualan tersebut termasuklah rasa kurang senang Nad Zainal terhadap orang ketiga atau perosak rumah tangga orang.
“Saya nak cakap apa pun tak boleh sebab saya pun berlakon jadi watak penyondol (watak Kirana dalam Dosa Seorang Isteri). Apa pun kita doakan Sarah kuat sebab semua tahu semua di pihak kamu. Kamu sejenis wanita kental.
“Walaupun saya bawa watak penyondol, tetapi saya benci spesis macam ni sebab kita ni sebab kita perempuan, sepatutnya kita kena support perempuan. Apa pun terjadi, kalau si suami burukkan isteri, kita kena fikir balik, next time mungkin dia boleh burukkan kita in future.
“Fikirkan dua tiga kali kalau kita nak hak orang ya. Jangan jadi macam Kirana,” katanya.
Sarah kemudian berkata, dia pernah ingin mengambil tindakan ketika mula-mula diganggu oleh pihak berkenaan. Tetapi, apabila memikirkan aib suami dan keluarga, dia tidak bertindak demikian.
“Sebab tu saya bertahan selama empat tahun. Selagi saya bertahan saya bertahan. Tapi lama-lama dia menjadi kacau pada mental. Jadi dari situ saya rasa sudah cukup. Kalau mulut saya jahat, dah lama saya cerita (hal berkenaan).
“Sekarang saya baru balik dari JAWI. Saya nak saman bukan sebab saya nak rampas balik hak saya. Itu empat tahun dulu. Sekarang ni saya buat untuk tuntut hak saya dan anak-anak. Saya buat dua tuntutan - mengganggu ketenteraman saya itu sebagai kes civil. Yang saya report pada JAWI dan JAIS adalah sebagai gangguan rumah tangga itu jenayah.
“Saya harap semua orang doakan benda ni jatuh sebagai janayah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu yang dia berasa pelik kenapa pihak ketiga berkenaan bersungguh mengacau rumah tangganya seperti dirinya pula orang luar.
“Sepatutnya saya pergi hentam dia, ganyang dia. Tapi dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ni dah terbalik.
“Saya ada kawan yang bergelar isteri kedua. Saya tengok kawan saya tu hormat yang pertama. Tapi dia kena ganyang dengan bini pertama serta kena santau. Itu sepatutnya berlaku,” katanya.
Nad kemudian memotong lalu berkata: “Jangan jadi macam tu menyantau-nyantau orang. Kau baik orangnya. Kita ikut laluan betul. Memang geram kan sebab teraniaya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nad sempat bertanya, jika pihak ketiga itu datang meminta maaf dan meminta izin, adakah Sarah akan membenarkan? Ini jawapan Sarah:
“Kalau awal-awal dia buat macam tu mungkin saya marah tapi saya mungkin pertimbangkan. Tapi tidak, dia serang mak mentua saya. Lepas mak mentua blocked dia, dia kacau pula adik-adik Syamsul, apa benda?” kata Sarah.