Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”

Asyikin Mayudin
23/03/2023 06:46 MYT
Video perkongsian pelakon Diana Danielle mengenai kisah disebalik ketenangan dia melalui ujian suaminya Farid Kamil naik turun mahkamah sekitar 2018 menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok pelakon Tya Ariffin, Diana mengakui dia kelihatan tenang ketika itu disebabkan pernah melalui ujian lebih besar sehingga menyebabkan dirinya trauma.

“Saya banyak trauma sewaktu saya kecil, jadi apa yang saya lalui itu tak besar untuk saya. Simply said, it is not a big problem for me. I go thru bigger problem when I was younger.

“Jadi dia macam ‘ini pun masalah ke’… kita just uruskan benda ini. Bukanlah katakan ini ke masalah. Maksudnya dalam fikiran saya, tak apa semuanya baik.

“Saya tak perlu berpura-pura untuk tunjuk saya ini tenang sangat. Memang dalam itu tenang, in fact, saya boleh joke around, I can talk about things in personal ways.

“Akan jadi masalah kepada dia dan menyukarkan dia, kalau saya dan anak-anak pun stres dekat rumah melalui perkara-perkara yang dia kena hadapi,” katanya.

Diana turut menasihati agar semua orang menghargai dan mengutamakan diri sendiri sebelum memikirkan orang lain termasuk ahli keluarga.

“Kita hanya fikir tanggungjawab, fikir tentang orang lain dan people needs walaupun keluarga anda, kita pun perlu hargai masa dengan diri sendiri.

“Learn to be with yourself. Sebab saya selalu percaya Allah akan tarik semua yang kita ada dalam sekelip mata. Jadi, selesalah dengan diri sendiri.

“No matter what, you can only be and have yourself,” ujarnya.

undefined
#Diana Danielle #Farid Kamil #Tya #Diana #Farid #Diana Farid #Diana trauma
;