Laman Utama
[VIDEO] Diana Danielle ‘Pecah Lubang’, Akui Pernah Dikasari Bekas Teman Lelaki Hingga…
Pelakon Diana Danielle mendedahkan yang dia pernah melalui episod hitam bersama bekas kekasihnya sebelum mendirikan rumah tangga bersama Farid Kamil.
Merahsiakan identiti pelaku, Diana berkata, kejadian itu berlaku ketika dia baru sahaja selesai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ketika itu saya baru sahaja habis SPM. Ada big lump (benjolan besar) kerana dipukul oleh seseorang sebelum saya bertemu dengan suami saya.
“Saya didera secara fizikal ketika itu… Sebaik sahaja dia ‘sentuh’ saya, saya putuskan untuk tinggalkan dia.
“Saya happy tinggalkan hubungan berkenaan kerana saya tahu apa yang saya mahukan untuk diri saya,” katanya.
Diana berkata demikian ketika ditemu bual oleh Amelia Henderson menerusi podcast Studio Sembang baru-baru ini.
Menyambung perbualan, pelakon filem Magika itu mengakui tenang apabila mula menjalinkan hubungan cinta dengan Farid Kamil.
“Apabila saya bertemu dengannya (Farid), dia seperti mencetuskan rasa tenang. Saya lebih fokus dan dia salurkan tenaga positif kepada saya,” katanya lagi.
Untuk rekod, Diana dan Farid berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad dan Nur Aurora.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video