Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Dianggap Tak Pernah Buat Kerja Dapur, Tya Ariffin Balas Komen Netizen Dengan Video Tengah Panggang Daging

Asyikin Mayudin
30/09/2022 01:25 MYT
Gara-gara dilihat cuai ketika membungkus lauk, netizen menganggap menantu kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu pelakon Tya Ariffin tidak pandai melakukan kerja dapur.

Tya yang juga pelakon berasal dari Indonesia menerusi akaun TikTok miliknya memuat naik paparan skrin komen daripada netizen tersebut.

“Macam tak pernah buat kerja dapur je… nak masukkan lauk ke dalam plastik pun jatuh terkeluar,” komen netizen.

Enggan melatah dan tenang menjawab komen netizen itu, Tya berkongsi video dia sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memanggang daging yang diperap sendiri.

undefined
“Ada yang cakap Tya ‘tak masuk dapur, berlakon je masak, sebab bungkus makanan pun jatuh’. Ha ni masa Tya jemput kawan-kawan bbq.

“Marinate daging tu semua sendiri punya resepi,” tulis Tya menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu.

Rata-rata netizen berkata Tya sememangnya pandai memasak dan kerap masak untuk keluarganya.

Malah, keluarga mentuanya juga paling gemar masakan steak yang dimasak oleh menantu keduanya itu.

“Yang komen mesti tak ikut akak dari awal kahwin kan. Akak dulu sebelum fokus bisnes, selalu masak untuk keluarga buat video kat IG. Memamg power masak.

“Dia tak tengok YouTube tu… tak tahu yang Tokti dan Tok K paling suka kalau Tya masak steak,” komen beberapa netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Netizen #Tya Ariffin #Tya #Menantu Tokti #Tya kerja dapur #Tya masak