Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

VIDEO: Diberi Garaj Untuk Berlatih, Pemenang Emas Angkat Berat Filipina, Hidilyn Diaz Kenang Jasa Orang Kesang Tua

Mya Amri
28/07/2021 02:58 MYT
Atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul emas pertama untuk negaranya dalam sukan Olimpik Tokyo 2020 melalui acara angkat berat wanita kategori 55 kilogram.

Bukan hanya kemenangan Hidilyn sahaja yang berjaya mencuri perhatian dunia malah kisah suka dukanya sebelum berangkat ke Tokyo juga turut menjadi perbualan.

Mungkin masih ada yang tidak tahu sebenarnya Hidilyn terkandas di Malaysia sejak tahun lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga terpaksa menjadikan garaj rumah keluarga angkatnya di Jasin, Melaka sebagai lokasi latihan.

Lebih manis lagi, jaguh dunia berusia 30 tahun ini juga tidak lupa kepada keluarga angkatnya dan mengucapkan terima kasih Malaysia kerana banyak membantunya.

"Perjalanan ke Tokyo 2020 sangat mencabar. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana menghantar saya ke Malaysia untuk berlatih dengan baik.

“Dia mengirimkan saya ramai orang seperti komuniti angkat berat di Filipina dan Malaysia, yang banyak membantu saya dalam perjalanan ini.

"Thank you orang Kesang Tua, Nyalas. Saya berterima kasih kepada orang di Jasin, Melaka, yang memberikan saya tempat tinggal dan gimnasium ketika saya berasa gusar dan tidak tahu untuk pergi ke mana." katanya dalam sidang media di Tokyo yang disiarkan menerusi Astro Arena.

Di sini kami kongsikan beberapa foto sesi latihan Hidilyn di Melaka yang diambil menerusi akaun Instagramnya.

A post shared by Hidilyn Diaz OLY (@hidilyndiaz)

A post shared by Hidilyn Diaz OLY (@hidilyndiaz)

A post shared by Hidilyn Diaz OLY (@hidilyndiaz)

A post shared by Hidilyn Diaz OLY (@hidilyndiaz)

A post shared by Hidilyn Diaz OLY (@hidilyndiaz)


Sekadar info, Hidilyn memenangi pingat emas menerusi kategori 55 kilogram (kg) dan berjaya melakukan angkatan peribadi terbaik 127kg dalam acara clean and jerk semalam.

Bukan itu sahaja, catatan keseluruhan 224kg yang dilakukannya juga telah mencatatkan rekod baru Olimpik.

Kemenangannya juga merupakan pingat emas pertama Filipina dalam sejarah Sukan Olimpik.
#Olimpik Tokyo 2020 #Melaka #Filipina #Olimpik #Olimpik Tokyo #Sukan Olimpik #Olimpik 2020 #Angkat Berat Wanita #Atlet Angkat Berat #Berlatih Di Melaka #Garaj Rumah #Hidilyn Diaz #Jasin Melaka #Sukan Olimpik 2020
;