Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Didakwa Sudah Berpisah, Ini Penjelasan Isteri Abang Viva - “Eva Tak Tahu Kenapa Sampai Hari Ini Orang Masih…”

Asyikin Mayudin
09/07/2023 23:55 MYT
Nama Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar kembali menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas dia memuat naik status seakan-akan mengambarkan dirinya dalam keadaan bersedih.

Status tersebut mengundang tanya tanya dalam kalangan netizen sehingga terdapat segelintir blog yang mengeluarkan artikel dengan mengaitkan perkara itu mengenai rumah tangga Abang Viva.

“Abang Viva dah berpisah? Abang Viva muat naik status sedih buat netizen tertanya-tanya,” tajuk artikel tersebut.

Isteri kepada Abang Viva yang dikenali sebagai Eva Noza Zakaria akhirnya tampil menafikan dakwaan dan spekulasi mengatakan rumah tangga mereka sudah berakhir.

Eva bagaimanapun berkata dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog yang menulis artikel sebegitu namun berharap semua pihak tidak mengeluarkan cerita yang tidak sahih.

“Berkenaan dengan story ini, sebenarnya dah lama tapi Eva tak tahu kenapa sampai hari ini orang masih tanya benda yang sama. Kenapa Eva tidak saman… kenapa kami tidak saman?

“Rasanya benda ini mula-mula nampak macam kecil tapi hopefully la saya harap pihak-pihak yang mengeluarkan cerita sebegini, sedar akan kesahihan setiap cerita yang dikeluarkan.

“Tak perlulah benda kecil, nak saman. Kenapa Eva rasa benda ini kecil? Sebab Eva rasa mungkin salah faham, dan yang keduanya di petikan-petikan daripada sesetengah blog atau page,” jelasnya.

Dalam pada itu, Eva menerusi video yang dimuat naik di TIkTok miliknya turut berharap pihak berkenaan menurunkan artikel tersebut sebelum orang lain salah faham.

“Jadi, saya harap sangat… Eva malas nak besar-besarkan cerita ini, Eva harap sangat mereka yang post berkenaan story yang tidak benar ini, sila turunkan posting anda sebelum orang lain salah faham.

“Sebelum fitnah ini berleluasa… kalau boleh post la benda berfaedah dan doa la yang baik-baik. Insya-Allah,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Gara-Gara Minta ‘Sponsor’ Majlis Resepsi Sebab Kurang Bajet, Abang Viva; “Niat Saya Hanya…”

Terdahulu, sukarelawan terkenal dengan misi banjir itu memuat naik status di TikTok dengan mengucapkan terima kasih kepada individu yang dikatakan telah ‘berjaya’ memporak perandakan rumah tangganya.

Untuk rekod, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu.

Sekitar April lalu, isteri kepada Abang Viva itu mendedahkan dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

undefined
#Eva #Abang Viva #Eva Noza #Isteri Abang Viva
;