[VIDEO] Dikritik Bergambar Dengan Lelaki Lebih Berusia, Qistina Raisah: "Bukan Semua Tapi Saya Marah Netizen Yang B*d*h"
Asyikin Mayudin
09/12/2022 16:52 MYT
09/12/2022 16:52 MYT
Gara-gara bergambar dan membuat video bersama seorang lelaki yang jauh berusia, pelakon remaja Qistina Raisah sekali lagi dikritik segelintir netizen.
Berang dengan komen netizen yang agak melampau, Qistina tampil menegaskan lelaki berusia 26 tahun itu adalah abang kandungnya.
“I nak cakap sikit berkenaan yang viral I tu dengan Henry yang korang kata ‘tak kena la’, ‘jauh beza sangat la’, ‘dik ingat tuhan la’… kau ini kenapa ni nyah.
“Lepas itu kata memang la umur bukan penghalang tapi jumpa dekat mahkamah. Kau kenapa nyah? Kau nak suruh aku masuk mahkamah itu sebab aku ambil gambar dengan abang aku ke nyah.
“Kau ini tak betul ini nyah… tak ada la, kita sebenarnya tak marah semua netizen tapi marah netizen yang bodoh. Korang ini nak jadi netizen tak kisah, tapi jadi netizen yang bijak sikit,” tegasnya.
Menerusi video penjelasannya di TikTok, pelakon berusia 14 tahun itu juga meminta netizen untuk selidik dahulu sebelum melontarkan komen yang tidak betul.
“Kalau korang tengok profile Henry tu, korang akan nampak saya ada video beraya dengan dia… nampak sangat la kalau dah beraya bersama itu abang saya.
“Lepas itu kalau nak condem itu tengok la dulu IG saya ‘dia ni siapa, abang dia ke?’. Lepas itu kalau ada yang busybody pergi tag orang tu, kata ‘ini bukan abang dia kan’.
“Confident kata bukan abang dia… confident, lepas itu nak suruh tegur kita. Kau ini kenapa nyah! Jangan busybody sangat hidup itu. Kau lagi tua daripada aku tapi tu la otak itu macam bongok ja.
“Sakit hati aku… dah la hari itu pun kes apatah korang macam mulut orang cakap anak orang kan. Lepas itu tiba kau marah pula aku ambil gambar dengan abang aku! Kau ini kenapa! Stres hidup ini kadang-kadang,” katanya lagi.
Terdahulu, Qistina pernah dikecam gara-gara dipercayai menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang lebih dewasa.
Malah, ada juga netizen mempersoalkan usia Qistina yang baru saja berusia 14 tahun namun bercinta dengan lelaki dewasa yang dianggap seperti pedofilia.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@qqistinaraisah