Laman Utama

[VIDEO] Dikritik Hadir Majlis Iftar Selepas Seminggu Bersalin, Ramai Netizen ‘Back Up’ Isteri Aliff Syukri - “Yang Cakap Tak Sayang Badan, Dia Orang Kaya Kot…”

gempak
Asyikin Mayudin
13/04/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Dikritik Hadir Majlis Iftar Selepas Seminggu Bersalin, Ramai Netizen ‘Back Up’ Isteri Aliff Syukri - “Yang Cakap Tak Sayang Badan, Dia Orang Kaya Kot…”
Demi menunaikan janji kepada semua pekerja, isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida menggagahkan diri menghadiri majlis berbuka puasa biarpun dia masih dalam tempoh berpantang.
Menurut Shahida menerusi Instagram miliknya, hilang rasa penat apabila melihat semua pekerja yang dianggap tulang belakang syarikat gembira selepas mendapat bonus seperti yang dijanjikan.
“Demi janji saya pada semua staf, saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar Dherbs walaupun baru berpantang hari ke 7.
“Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabila melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sedikit kepenatan saya. Mereka ini semua lah tulang belakang saya dan Syarikat.
“Tanpa mereka mustahil untuk kami bertahan selama 15 tahun hingga ke hari ini. Penat lelah kami semua dah harungi sama sama walau dah lalui jatuh dan bangun bersama kami tetap teruskan.
“Semoga insentif serta bonus kali ini dapat menceriakan mereka untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi,” kongsi Shahida.
Kehadiran Shahida di majlis tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di laman sosial yang rata-rata bimbang dengan keadaannya yang baharu saja melahirkan anak.
“Dia yang tengah berpantang baru hari ke-7, aku pula yang rasa ngilu... Oh no.
“Esei tak sakit ke luka tu... jalan laju-laju pla tu. Ngeri oi,” komen netizen.
Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang mempertahankan Shahida yang tahu bagaimana untuk menjaga kesihatannya sepanjang berpantang.
“Orang lain yang bersalin, orang lain berpantang, orang lain yang jalan laju, kau pula takut, seriau. Kau dah apa hal. Badan Datin, dia tahulah jaga badan dia. Korang jangan susah hati, dia tak minta duit korang la.
“Yang cakap tak sayang badanlah apa, dia orang kaya kot, segala jenis ubat dan jamu dia telan... siap ada yang jaga... korang yang kecam tu tak dapat macam tu sebab tu terlebih takut,” komen netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live