Laman Utama

[VIDEO] Dikritik Warna Kulit Semakin Hitam, Liyana Jasmay Tetap Tenang - “Saya Tak Nak Putih Pun Sebab Kalau…”

gempak
Asyikin Mayudin
08/05/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Dikritik Warna Kulit Semakin Hitam, Liyana Jasmay Tetap Tenang - “Saya Tak Nak Putih Pun Sebab Kalau…”
Pelakon dan pengarah Liyan Jasmay menerima kritikan daripada netizen yang mempersoalkan warna kulit wajahnya dikatakan semakin hitam seperti orang kampung.
Liyana atau mesra disapa sebagai LJ berkongsi komen kritikan netizen itu menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.
“Artis lain makan putih, Liyana Jasmay ni aku tengok makin lama makin hitam. Dah macam orang kampung dah,” tulis individu tersebut.
Enggan melatah, Liyana menerusi video tersebut berkata dia terima saja kritikan itu dan menegaskan dia tidak mahu melakukan suntikan untuk putih kerana bimbang akan ada kesan sampingan.
Bangga dengan warna kulitnya, Liyana turut sempat berseloroh dengan mengatakan dia lebih bahagia kerana suaminya tetap menerima dirinya seadanya.
“Kulit saya sebenarnya coklat kekuningan. Kalau awak rasa itu hitam, tak mengapalah saya terima sahaja.
Saya tak nak putih pun sebab kalau suntik untuk putih mesti akan ada kesan sampingan bukan?
“Tak semestinya jadi artis kena putih. Lainlah kalau kita ini memang dilahirkan putih Alhamdulillah. Tapi bila dilahirkan warna kulit orang Melayu nak buat macam mana kan?
“Mungkin yang hitam untuk awak, tapi putih dihati suami saya,” kata Liyana Jasmay.
@ljoneandonly Replying to @azirashiraazira ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version - sped up 8282
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live