Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Dilihat Semakin Cantik, Puteri Balqis Takut Nak Menangis Sebab Pakai…

Asyikin Mayudin
09/02/2023 08:50 MYT
Penampilan pelakon berbakat, Puteri Balqis pada persembahan penyanyi Yamani Abdillah dan Zaki Yamani dalam sebuah program baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Rusa Music mendedahkan kisah disebalik penampilan Puteri Balqis sebelum naik ke pentas untuk membuat kemunculan dalam persembahan itu.

Pada perkongsian itu, Puteri Balqis sempat berseloroh dengan mengatakan dia enggan membiarkan dirinya menjiwai karekter sebelum naik ke pentas disebabkan memakai solekan.

“Tak boleh menangis… make up ini mahal… it’s very expensive,” kata Puteri Balqis.

Rata-rata netizen turut memuji Puteri Balqis yang kelihatan semakin cantik malah ada juga segelintir mereka menyamakan wajah aktres berusia 15 tahun itu dengan pelakon Fasha Sandha.

“Betul la dia cantik sangat sekarang tambah lagi bila make up kan. Semoga Puteri Balqis terus sukses ya.

“Cantik sangat... siapa dulu cakap dia masa kecik tak comel. Kan dah menyesal.

“Betul lepas make up nampk macam Fasha Sandha,” komen netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

undefined
#Puteri Balqis #Puteri #Aqish #Puteri Balqis cantik
;