[VIDEO] Diminta Berhenti Jadi ‘Flower Pot’, Nabil Ahmad Sanggup Bayar Gaji Isteri - “Kalau Ikutkan Hati Saya…”
Asyikin Mayudin
01/02/2023 00:50 MYT
01/02/2023 00:50 MYT
Umum mengetahui isteri kepada penyampai radio ERA FM Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum mereka berkahwin.
Zira menerusi video di saluran YouTube penyanyi Zarul Umbrella berkongsi pengalaman dia bekerja sebagai ‘flower pot’ atau model untuk syarikat penerbangan tersebut.
“Saya pakai uniform, duduk sebelah VIP. Kita panggil ‘flower pot’. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama ‘flower pot’,” kongsinya.
Zira turut mengakui dia memilih kerjaya tersebut kerana memikirkan bayaran yang diterima lumayan sehingga mencecah RM7,000.
“Money… sebab waktu itu dibayar gaji lumayan walaupun SPM. Dengar orang cerita boleh dapat yeke sampai RM7,000. 15 tahun lepas, RM7,000 itu tinggi,” katanya.
Sementara itu, Zira juga memberitahu kariernya sebagai pramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum berkahwin dengan Nabil.
Biarpun berat hati untuk bersara, namun Zira akhirnya berhenti disebabkan Nabil sanggup membayar gaji yang sama dengan pendapatan yang diterima ketika itu.
“Saya sempat tiga tahun saja… sebab Haji (Nabil) cakap ‘kalau you fly, macam mana kita nak jumpa?’. Terpaksa la (resign). Kalau ikutkan hati saya tak nak berhenti sebenarnya.
“Saya siap cakap dekat dia, kalau ‘saya berhenti, awak bayar gaji saya. Berapa saya dapat, awak kena bayar gaji saya’ dan dia setuju.
“Bulan pertama dia bayar, bulan kedua dia bayar, bulan ketiga dia tak bayar sebab dia kata ‘you dah kahwin dengan I, tak payah la’,” kongsinya.
Untuk rekod, Nabil mendirikan rumah tangga dengan Zira pada 30 September 2011 dan mereka dikurniakan tiga anak perempuan Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7, dan Mishall Imani, 4.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
undefined