,
Laman Utama

[VIDEO] Dituduh ‘Gila Jantan’, Ashira Aziz Tetap Steady; “Saya Gila Atau Dia Orang Yang Gila?”

Shahrin Zulkifle
05/12/2022
07:00 MYT
Penyanyi Ashira Aziz kekal tenang biarpun wujud segelintir pihak yang mendakwa dirinya seorang ‘gila jantan’.
Menerusi satu hantaran video di laman TikTok miliknya, Ashira sempat bergurau mengenai perkara tersebut dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Fairul Ezuan.
“Abang E (Ezuan) ceritanya macam ini, ada orang cakap saya gila 'menjantan'. Jadi, saya gila atau dia orang yang gila?,” kata Ashira dalam video tersebut.
Ezuan yang kemudiannya menjawab pertanyaan Ashira dengan berkata bahawa dirinya yang gila.
“Saya yang gila,” jawab Ezuan ringkas sebelum mereka berdua dilihat tidak mampu menahan gelak.
@ashiragv7
??♬ original sound - Ashira Aziz
Sementara itu, menerusi ruangan balas, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka berdua selain menganggap pihak yang mengeluarkan dakwaan tersebut hanya merasa dengki dengan pelantun lagu Di Ombak Resah itu.
“Dia orang dengki la tu sis, Ashira tetap lawa,” komen seorang wargamaya.
“Best lah video ini, kelakar. Abang E nampak macam pendiam, kelakar juga rupanya,” kata seoarang netizen.
“Haha kenapa dia cakap dia yang gila, E kelakar,” tulis seorang warganet.
Terdahulu, Ashira mendedahkan dirinya menerima mesej layang berkali-kali selepas memuat naik gambar bersama Ezuan dia laman Instagram. Menjelaskan situasi sebenar, Ashira berkata Ezuan merupakan rakan sewaktu di bangku sekolahnya yang dipertemukan semula.
Malah, bekas bintang Gegar Vaganza 7 (GV7) itu berkata dia hanya berpegang pada ketetapan jodoh.
BACA: Bergambar Dengan Crush Zaman Sekolah, Ashira Dapat Mesej Layang, Dipanggil B***, - “Minta Maaf Bukan Saya Plan… Kuasa Allah”
Sebelum ini, Ashira mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Indigo, Bad pada 11 Mac tahun lalu. Bagaimanapun rumah tangga yang dibina tidak kekal apabila mereka mengumumkan sudah bercerai menerusi hantaran video di Instagram pada 23 Jun lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

Mahu Elak Penyakit Ain, Riena Diana Kurangkan Perkongsian Bersama Keith Foo - “Saya Tahu Keadaan Mental…”

gempak
17/10/2024
03:55 MYT
Pelakon Riena Diana mengakui dia kini mengambil pendekatan untuk mengurangkan perkongsian di laman sosial bersama kekasih hati yang juga aktor Keith Foo.
Viral

UIA Perjelas Hukum Isteri Bercinta Dengan Lelaki Lain Ketika Tempoh Iddah

gempak
15/10/2024
03:28 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil berkongsi penjelasan mengenai hukum seorang isteri yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain semasa dalam tempoh iddah.
Hiburan

“Saya Akan Elak Bercinta Dengan Suami Orang” - Arabella

gempak
04/10/2024
07:55 MYT
Pelakon baharu, Arabella Ellen, menegaskan akan cuba mengelak daripada terlibat dalam cinta lokasi, terutamanya yang membabitkan suami orang.
Hiburan

Riena Diana Kagum Keith Foo Berusaha Dalami Agama Islam - “Kakak Dan Abang Dia Juga Mualaf”

gempak
24/09/2024
14:55 MYT
Pelakon Riena Diana memaklumkan teman lelakinya yang juga pelakon, Keith Foo terbuka untuk mendalami tentang agama Islam.
Unitar