[VIDEO] Doktor, Cef, Barista Antara 24 Jejaka Kacak Yang Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022
Amri Hassan
11/08/2022 13:45 MYT
11/08/2022 13:45 MYT
Pencarian jejaka idaman Malaysia telah bermula dengan pengenalan rasmi 24 finalis pertandingan Mr World Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM).
Kata Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia, Kim Lim, pertandingan ini yang bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dan mempelbagaikan portfolio bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM dan seterusnya memilih pemenang yang akan mewakili Malaysia di pertandingan berprestij global Mr World 2022 yang dijangka akan diadakan di United Kingdom pada hujung tahun ini.
"Kami sangat teruja memperkenalkan barisan peserta tahun ini yang muda dan berbakat daripada pelbagai latar belakang yang mewakili hampir semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
"Universal Music Malaysia berharap melalui projek seperti Mr World Malaysia, kami dapat mengukuhkan lagi portfolio bakat kami di samping mengembangkan segmen yang berbeza selain nyanyian dan lakonan," katanya.
24 jejaka yang akan bersaing untuk merebut gelaran tersohor ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk doktor, doktor gigi, ahli farmasi, pelakon, chef, usahawan, barista, jurulatih kecergasan dan banyak lagi.