Laman Utama
[VIDEO] Dolla Dah Ready Nak 'Fight'!
Terbang lebih jauh, kumpulan pop wanita popular Dolla tampil berkolaborasi dengan permainan mudah alih Garena untuk kempen “Free Fire Untuk Semua”.
Serentak dengan kerjasama itu, Dolla turut tampil dengan single terbaharu berjudul Fight!
Fight menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional selain beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire iaitu Rampage.
"Melakukan penggambaran untuk Free Fire adalah satu pengalaman luar biasa. Itulah pertama kali kami terpaksa berlatih untuk gerakan lagak ngeri bersama kesan visual khas. Pengarah kami memang hebat," ujar Tabby.
"Kami sangat bersyukur dan ingin berterima kasih kepada para pelagak ngeri terbabit kerana sudi mengajar kami cara berlawan dan menggunakan senjata.
"Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami dan memastikan tiada kecederaan yang serius terjadi. Saya memang menantikan Kerjasama ini dan tidak sabar untuk melihat peminat kami menyertainya," tambah Sabronzo.
Pun begitu, penggambaran ini ada cabarannya dan kata Syasya mereka tidak pernah melakukan lagak ngeri atau gerak berlawan sebenar.
"Kami tak pernah buat aksi lagak ngeri atau sebarang bentuk gerak lawan sebenar. Jadi pengalaman ini sesuatu yang baru. Dan bila terpaksa membayangkan suasana dengan kesan visual, itu satu cabaran juga," jelas Syasya.
"Oleh kerana ini permainan dalam talian berbentuk perlawanan dengan banyak pihak, Kerjasama adalah sangat penting. Saya gembira Dolla menjadi sebahagian dari kempen ini kerana dengan cara itulah kami bertahan. Kerjasama!" ujar Angel.
Gelombang terbaharu acara “Free Fire Untuk Semua” akan berlangsung dari 13 hingga 30 Jun.
Lagu Fight akan dilancarkan bersama muzik video rasmi pada 17 Jun dan boleh distrim di semua wadah penstriman digital serta laman Facebook, Instagram, dan YouTube Free Fire.
Must-Watch Video