[VIDEO] Dua Tahun Susah Dapat Job, Ali Puteh Nak Berdamai Dengan Hidayah Abam - "Tapi Tak Perlulah Nak ..."
Amri Hassan
02/06/2022 14:31 MYT
02/06/2022 14:31 MYT
Pelawak Ali Puteh mendedahkan dirinya melalui detik sukar dan hanya mampu bertahan dengan menggunakan duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga.
Akui Ali, kemelut dengan balu Allahyarham Abam yakni Nor Hidayah Mohd Ali antara yang memberi impak besar dalam kariernya.
"Sejak awal lagi kes (dengan Nor Hidayah) mendapat perhatian, memang banyak job dibatalkan. Saya juga tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.
"Pada Ramadan lalu, saya terima tawaran untuk muncul program mengaji Al-Quran di mana perlu membaca beberapa surah Al-Quran menerusi panggilan video.
"Itu saja tawaran diterima dalam tempoh itu. Saya dapat token bayaran sebanyak RM300.
"Saya sebenarnya bergantung pada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga dan perlu berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar.
"Namun, saya bersyukur segala kelengkapan masih cukup," katanya kepada media.
Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata juga terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menerusi pengeluaran khas KWSP yang diluluskan kerajaan untuk kegunaan modal bisnes.
Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 itu tidak mencukupi, namun, saya buat ikut kemampuan saya.
Kali terakhir saya mencarum adalah pada 2009 ketika saya masih bertugas sebagai pengawal keselamatan suatu ketika dahulu.
Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini.
Justeru, Ali memberitahu dirinya bersedia untuk bersemuka dengan Nor Hidayah bagi menyelesaikan segala kekeruhan antara mereka.
Namun, Ali menolak seandainya ada pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka berdamai sebagai bahan untuk tontonan umum.
"Ada stesen televisyen mahu temukan kami, tapi bagi saya jika nak berdamai tak perlulah diberitahu pada khalayak. Biar saya lakukan sendiri.
"Dia boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid," ujarnya.
Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan di akaun Instagram yang menggambarkan dia seorang individu tidak bertanggungjawab.
Selepas dua tahun, mahkamah memutuskan Nor Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Untuk rekod, Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.