Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] “Eh Ingatkan Prince Mateen! Sama Betul” - Nampak Kacak Pakai Uniform, Daniel Fong Jadi Perhatian Netizen

Mya Amri
07/03/2023 05:45 MYT
Pelakon, Daniel Fong menjadi perhatian netizen selepas salah satu babaknya dalam drama Lagenda Puteri Qaseh menjadi viral di TikTok.

Babak tersebut merakamkan Daniel yang sedang melatih Puteri Qaseh lakonan Qasrina kelihatan begitu kacak berpakaian seragam.

Apa yang mencuti tumpuan netizen adalah susuk tubuhnya yang tinggi lampai dan wajah Daniel juga kelihatan seiras dengan anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih mesra dengan gelaran Prince Mateen.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya menyatakan rasa terkejut kerana menyangka Prince Mateen yang muncul di kaca televisyen. undefined
Antara komen netizen:

“Eh, ingatkan Prince Mateen! Terkejut, memang sama betul muka mereka,”

“Macam Prince Mateen lah muka lelaki tu,”

“Eh kejap! Tu bukan Prince Mateen kan?”


“Tak masalahnya sekarang ni kenapa aku tengok lelaki tu muka macam Prince Mateen?”

Episod akhir Lagenda Puteri Qaseh telah pun disiarkan pada Isnin di Astro Ceria (saluran 611), bagaimanapun untuk menonton kembali dan juga pilihan lebih fleksibel strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment.

Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Astro Ceria #Kacak #Wajah Seiras #Daniel Fong #Prince Mateen #Lagenda Puteri Qaseh