Jualan gula-gula anak kepada pelawak terkenal Achey, Nur Tiara Zinnirah menerusi sesi siaran langsung di TikTok dua hari lalu mendapat sambutan yang luar biasa apabila dia berjaya menjual 3,000 pek dalam masa dua jam.

Lebih mencuit hati, anak tunggal pelawak itu sempat tertidur semasa ibu bapanya sibuk menjual produk perniagaan pertamanya dan ‘live’ tersebut mendapat 21,000 tontonan dan dan 21 juta tanda suka.

Kejayaan sesi jualan tersebut turut mendapat perhatian penyanyi Ernie Zakri yang meluahkan hasrat mahu membeli pek campuran gula-gula tersebut.

“Tolong beritahu kalau Tiara buat live lagi. Kak Ninie nak beli candy Tiara,” tulis Ernie yang turut memuat naik video memperlihatkan dirinya menangis.

Rata-rata netizen turut memahami perasaan Ernie yang sebak melihat kejayaan anak pelawak itu dan menganggap gula-gula yang dijual itu sangat istimewa.

“Kita pun menangis tengok video candy Tiara.

“Candy memang banyak dijual tetapi candy Tiara istimewa untuk kita semua. Penuh berkat untuk keluarga Tiara… syukur Alhamdulillah.

“Sebak bila Achey beritahu candy Tiara sold out dalam masa beberapa jam saka. Ikhlas dia meniaga,” komen beberapa netizen.

BACA SINI: Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’ Sensitif… Netizen & Rakan Artis Pujuk Achey & Isteri

@erniezakri23 @achey_kintangkintung ♬ Bahagiaku Sederhana - Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind