Video memperlihatkan pempengaruh Kasih Iris Leona sedang menari sambil memegang sekeping kertas undi Pilihan Raya Umum 15(PRU15) menerima kecaman wargamaya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu dilihat begitu gembira melakukan konten menari sambil menayangkan kertas undi ditangannya.

Difahamkan, Leona menerima kertas undi awal bagi proses ‘undi pos’ memandangkan dia kini sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, tindakan gadis berusia 19 tahun itu berbuat demikian telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang daripada wargamaya.

Rata-rata netizen mengatakan kesalahan yang dilakukan Leona seakan sudah melanggar garis panduan mengundi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Benda ini jadi salah sebab waktu dia tunjuk kertas undi ada nampak nombor siri kertas tu,” ujar seorang netizen.

“Saya undi pos juga, tapi tiada pun tunjuk-tunjuk macam ni, undi kan rahsia,” kata seorang warganet.

“Sebab tu SPR tak bagi bawa telefon waktu mengundi, kalau tak jadi macam ni semua nak di upload,” ujar seorang lagi wargamaya.

Pun begitu, masih ada juga yang menganggap tindakan Leona bukanlah satu kesalahan.

“Bagi aku tak salah, sebab kertas undi itu masih tak bertanda, yang salah kalau dah bertanda,” komen seorang netizen.

“Ini undi pos sebab dia di luar negara, anak buah saya pun tunjuk juga sebelum masuk peti undi,” ujar seorang wargamaya.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak perkongsian tersebut telah dipadam Leona sebelum dikongsikan semula oleh beberapa pengguna lain di laman sosial tersebut.

@keluarga.my Tindakan Kasih Iris Leona yang memuatnaik kertas undian telah dikecam netizen. Untuk pengetahuan, Leona kini berada di UK kerana melanjutkan pelajaran dan telah membuat undian secara pos semalam. #keluarga #keluargamag #leona #kasihirisleona #pru15 ♬ SWIPE - ALYPH
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!