Gara-gara komen netizen mengkritik masalah eyebag yang sangat ketara, pelakon Atikah Suhaime mengakui dia hilang keyakinan pada dirinya.

Berterima kasih kerana membuatkan dirinya berasa buruk, Atikah menjelaskan dia sudah berdepan masalah bawah matanya itu sejak zaman sekolah lagi.

“Sekadar ingin jelaskan, eyebag ini dari waktu sekolah. Bila kurang lighting atau make up akan nampak ketara.

“Setiap berapa bulan I akan inject bawah mata untuk kasi tak nampak. Tapi I baru habis shoot, tak sempat pergi inject. Itu yang nampak lagi.

“Terima kasih bagi I rasa insecure dan rasa buruk,” luah Atikah.

Sebelum ini, netizen meninggalkan komen mengenai wajah Atikah yang kelihatan lebih berusia disebabkan eyebag yang kelihatan sangat ketara.

@atikahsuhaimeeee Comments yg I dapat semalam. Hmmm biasa dah jadi artist. Macam macam lah orang comment. Puji lah sikit, bagi happy. Asyik kutuk jerrr ??? #fyp ♬ Peaches - Justin Bieber

Malah, rambut kerinting dan kembang yang digayakan Atikah turut menjadi perbualan dalam kalangan netizen.

Pelakon drama Kau Vs Aku tersebut memberitahu penampilan terbaharu itu bersesuaian dengan karekter baharunya.

“Rambut ini pula untuk shooting karekter fast girls. Bila make up artist yang style kan, nampak cantik gila. Tapi bila i style kan sendiri, nauzubillah.

“Nanti I straight kan balik okay? Thanks bagi I rasa insecure juga. Kurang nampak kat TV sekarang sebab I pilih job.

“Kalau worth it dan jalan cerita best, I ambil. Lagipun, buat apa susah-susah asyik kerja, Bf (boyfriend) I kan kaya-raya,” kata Atikah.