Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Fadlan Hazim Potong Rambut & Cukur Jambang Buat Netizen Tak Keruan – “Wow Macam Kim Ji Hoon”

Gempak
12/07/2024 09:55 MYT
Aktor Fadlan Hazim tampil dengan imej baru apabila nekad memotong rambut dan mencukur jambang pada wajahnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fadlan atau nama lengkapnya Fadlan Hazim Anuwar, 32, berkongsi rakaman yang memaparkan imej terbarunya itu.

“Shaved my beard and cut my hari finally

“Cutting my long hair to look like this,” tulis Fadlan ringkas.

Difahamkan, transformasi pelakon drama Bukan Cinta Sempurna itu adalah untuk menjayakan watak terbaharunya dalam sebuah projek.

Netizen Kata Macam Kim Ji Hoon

A post shared by Fadlan Hazim (@fadlanhazim)

Ternyata, imej segar dan ‘clean’ itu membuat ramai teruja sekali gus menyifatkan penampilan aktor tersebut kembali imej seperti dahulu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut berpendapat wajah Fadlan sangat jambu seperti selebriti Korea Selatan.

“Wow macam Kim Ji Hoon lah,” puji seorang netizen.

“Wah handsome, smart! Tak lah macam penyangak,” tulis netizen.

“Pergh.. Muda 100 tahun,” seloroh warganet.

“Lain terus muka, rupa terus kembali asal” komen netizen lain.

#Fadlan Hazim #Potong Rambut #Cukur Jambang