Perkongsian video memperlihatkan Farid Kamil membantu pelakon Ahirine memakai topi keledar di TikTok menarik perhatian netizen yang menyebut nama isteri aktor itu iaitu Diana Danielle.

Tidak mahu video itu menjadi salah faham, Ahirine menjelaskan dia sudah menganggap Farid seperti abang memandangkan mereka bergandingan dalam filem Remp-It 2.

“Saya dan Farid seperti abang dan adik, tidak sangka pula video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan wargamaya. Bukan dengan dia saja, malah saya juga akrab dengan produksi untuk filem terbabit.

“Filem Remp-It 2 adalah percubaan sulung saya dalam bidang seni tempatan. Malah, saya masih baru dan banyak tunjuk ajar diberikan oleh barisan pelakon filem berkenaan.

“Jadi bagi saya tidak timbul istilah sekadar ingin bermesra dan sebagainya. Apatah lagi, saya menghormati statusnya sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.

“Malah, saya turut bersyukur kerana isterinya, Diana Danielle memahami situasi itu, malah menggalakkan orang ramai untuk ke pawagam bagi memberikan sokongan terhadap filem arahan Farid,” kata Ahirine.

Rata-rata netizen secara berseloroh mengatakan Farid perlu berhati-hatai kerana bakal tidur luar disebabkan video dia dengan Ahirine itu.

“Abang, kena hati-hati… nanti tidur luar,” komen netizen.

Pemegang Ijazah Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut berterima kasih kepada Farid dan FKX Film kerana melamarnya membintangi Remp-It 2 sekali gus membawanya masuk dalam bidang lakonan.

Ahirine juga tidak kekok bekerja dengan barisan pelakon lain seperti Cat Farish (Macha), Niezam Zaidi (Spark), Izzue Islam (Deqwan) dan Farez Ridzwan (Ajak).

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@ahirinee @Farid Kamil #Rempit2 ♬ original sound - Ahirinee