Laman Utama
[VIDEO] Fasha Sandha Hadiahkan Wang Tunai Kepada Rider’ Langgar Vellfire Mengaku Salah - “Tak Salah Kalau Dia Diberi…”
Kisah pemuda dikenali sebagai Shahril mengaku kesalahan melanggar bahagian belakang sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire menarik perhatian aktres Fasha Sandha.
Selepas beberapa hari mencari, akhirnya Fasha dapat bertemu dengan dengan pemuda yang bekerja sebagai penghantar makanan pada petang Isnin.
“Dengan izin Allah, dapat berjumpa ‘adik Grab contoh’ viral ini. Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik grab ini. Semoga adik ni sukses.
“Nama dia Shahril Zakaria, 19 tahun, tidak aktif di sosial media sangat katanya. Baik budinya.
Terima kasih banglong (abang ipar saya) yang tolong menghubungkan kami. Alhamdulillahl,” katanya.
Fasha menganggap sikap pemuda berkenaan yang tidak melarikan diri dan bertanggungjawab atas kesilapannya wajar diberikan pujian dan contoh kepada orang lain.
Sebagai tanda penghargaan atas sikap bertanggungjawab pemuda itu, Fasha menjadikan medium media sosial untuk menjejaki penunggang motosikal dan memberikannya hadiah.
“Selain belanja makan, saya juga berikan sedikit wang tunai sebagai tanda penghargaan buat Shahril. Tindakannya itu sepatutnya dijadikan contoh.
“Mana-mana penunggang motosikal sepatutnya berhenti dan mohon maaf jika melanggar kenderaan lain. Tak salah kalau Shahril diberi gelaran pemuda contoh," ujarnya kepada Gempak.
Selain itu, tindakan pemilik kereta Toyota Vellfire yang tidak meminta sebarang ganti rugi terhadap pemuda tersebut turut mendapat pujian daripada Fasha dan netizen di laman sosial.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video