Laman Utama

[VIDEO] Fatin Afeefa Ambil Makanan Untuk Suami, Rakan Pula ‘Sound’ Aliff Awang - “Ya Allah, Tak Boleh Pakai Betul…”

Asyikin Mayudin
31/01/2023
04:55 MYT
Apa saja yang dikongsikan pelakon Fatin Afeefa dengan suaminya Aliff Awang atau mesra disapa sebagai Opai pasti menjadi perhatian netizen di laman sosial.
Terbaharu, video memperlihatkan Fatin mengambil makanan manakala suaminya yang juga seorang jutawan sedang duduk melihat telefon mendapat pelbagai reaksi netizen.
Pada perkongsian itu, kedengaran suara seorang lelaki yang dipercayai rakan mereka ‘menegur’ tindakan suami Fatin yang hanya lepak di meja sementara aktres itu mengambil makanan.
“Ni apa Opai buat… Opai. Dia pula yang mengambil makan, Opai lepak situ. Ya Allah, tak boleh pakai betul la. Lain eh, tak apa la. Berkorban untuk suami. Alhamdulillah,” katanya.
Fatin yang juga pernah popular menerusi filem Tentang Bulan itu turut memuat naik semula video yang dikongsikan rakannya itu di Instastory.
Video itu kemudian dimuat naik oleh akaun TikTok @yoursbabe_11 dan netizen mula meninggalkan komen di perkongsian tersebut.
Rata-rata netizen terutama golongan wanita meluahkan rasa syukur apabila suami mereka yang akan tolong mengambilkan makanan dan minuman.
“Saya selalu suami yang tolong ambilkan makanan dan minuman… Alhamdulillah bersyukur sangat.
“Walaupun suami I bukan alfa tapi dia ambilkan makanan… dia tak bagi saya bangun,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang menganggap tiada salah sekiranya seorang isteri ingin mengambil makanan untuk suami.
Sebelum ini, suami kepada Fatin mendapat perhatian orang ramai selepas menganggap dirinya sebagai ‘lelaki alfa’ yang membuatkan isterinya lebih tertarik kepadanya.
Susulan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Aliff telah mengundang rasa kurang senang orang ramai yang menganggap dirinya sebagai ‘red flag’ dan ‘narcissistic’.
Untuk info, Fatin selamat bernikah dengan jejaka pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka mempunyai anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia manakala Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@yoursbabe_11 Comel je faaten #fatinafeefa #artismalaysia #fyp #tiktokmalaysia #weddingvibes #suamiistribahagia ♬ original sound - Yours_
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hormat Permintaan Suami, Fatin Afeefa Berhenti Berlakon & Menyanyi - “Dia Kata Semua Itu Adalah Aurat”

gempak
20/05/2024
07:55 MYT
Mula berkecimpung dalam industri seni sejak usia lapan tahun, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa mengumumkan berundur dari dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Hiburan

Lama Menyepi, Suami Fatin Afeefa Tidak Lagi Berharap Pada Forex - “Dah Setahun Tak Buat Benda Bodoh Tu”

gempak
20/03/2024
07:55 MYT
Suami Fatin Afeefa yakin rezeki luas.
Laman Utama

“Pakai Tudung Tak Wajib Tapi Tutup Aurat Itu…” - Fatin Afeefa

gempak
11/10/2023
00:50 MYT
Menutup aurat dengan sempurna wajib!
Laman Utama

Anak Fatin Afeefa Masih Di Bawah Jagaannya Hingga Kes Induk Selesai

gempak
15/08/2023
08:50 MYT
Fatin Afeefa bersyukur
Laman Utama

[VIDEO] Fatin Afeefa Tayang Secekak Duit, Jam Tangan Mewah - “Jangan Rompak Saya…”

gempak
08/08/2023
00:51 MYT
Alamak bahaya la!