Video memperlihatkan pelakon dan usahawan Fatin Afeefa membenarkan beg tangannya jenama Chanel diselongkar oleh individu yang merakam dan dimuat naikkan di laman sosial mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video tersebut, Fatin dengan selamber dilihat berkongsi barang yang dibawa dalam tas mewah berwarna hitam itu antaranya ubat tahan muntah, resit bayaran, pin tudung dan card holder.

Namun, apa yang menjadi perbualan hangat netizen apabila Fatin menunjukkan secekak wang RM50 yang diikat menggunakan getah.

Menurut aktres berumur 29 tahun itu, dia tidak mempunyai dompet untuk menyimpan wang ringgit.

“Saya tak ada dompet, semua duit saya ikat dengan getah. Ulang tahun kelahiran saya bulan tujuh, kalau nak hadiah boleh beri dompet,” katanya.

Selain itu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin turut menayang cincin kahwin dan jam tangan namun menyerahkan kepada netizen untuk mencari harga perhiasan tersebut.

“Jam boleh google, jangan rompak saya,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen menyifatkan konten itu boleh membahayakan keselamatan ibu kepada dua cahaya mata selain tercenderung untuk menjadi mangsa penjenayah di luar sana.

“Bahaya la since Fa pakai beg tak betul-betul sling orang boleh tarik macam itu saja. Cash banyak pun bahaya.

“Bagi saya, tak payah la buat content macam ini bahaya. Baik-baik orang tak tahu apa Fatin Afeefa bawa sekarang dah tahu. Kat public pula tu. Jaga diri Fatin Afeefa.

“Take care sis… risaunya since dah post video ni orang tahu awak bawa duit macam tu,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, Fatin berkahwin dengan usahawan, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang pada 30 Disember 2022.

Pelakon filem Tentang Bulan pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian, 10, hasil perkahwinan sebelum itu.

BACA SINI: Ingkar Notis Temu Siasat, JPJ Minta Bantuan Polis Cari Suami Fatin Afeefa, Opai

BACA SINI: [VIDEO] Isu Label Kereta Bukan ‘Supercar’ Najis, Fatin Afeefa Sindir Suami Sendiri? - “Kita Pun Dinajiskannya…”

A post shared by XENO Entertainment (@xenorocks)