Laman Utama

[VIDEO] Fazura Rasa Diri ‘Bad Parent’ Sebab Bagi Fatima Coklat Gara-Gara…

gempak
Syafiqah Jalal
04/12/2022
04:40 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Fazura Rasa Diri ‘Bad Parent’ Sebab Bagi Fatima Coklat Gara-Gara…
Pelakon dan penyanyi Fazura merasakan diri seolah-olah ibu bapa yang tidak baik apabila terpaksa mengalihkan tumpuan anaknya, Fatima yang berusia dua tahun dengan memberikan coklat.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Instagram (IG), Fazura terpaka memberikan coklat kepada Fatima bagi menenangkan anaknya yang sedang mengambil vaksin influenza di sebuah hospital swasta di ibu kota.
“Selesai vaksin Influenza dia hari ini. Inilah saya sebagai ‘bad parent’ cuba tenangkan dia dengan coklat,” katanya dalam kapsyen.
Dalam kemas kini yang sama isteri Fattah Amin itu turut memuat naik video anaknya yang gembira apabila dapat menikmati coklat yang diberi sambil digendong Fazura.
Entri itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak mahu Fazura merasakan dirinya adalah ibu yang tidak baik hanya kerana membenarkan Fatima makan manisan hanya ketika menenangkannya.
“Jangan…jangan sesekali panggil diri you bad parent sebab itu sahaja,” komen salah seorang pengikutnya.
“Tak bad parents pun kakfaz bagi sikit buat raso raso je,” kata salah seorang warga maya.
“It’s okay sesekali bukan selalu bagi coklat..mommy tak bad la,” tenangkan salah seorang netizen.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang canak perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live