Laman Utama

[VIDEO] FFM32: Menang Pelakon Lelaki Terbaik, Adi Putra Dedikasi Ucapan Dari Makkah

Shahrin Zulkifle
05/12/2022
09:00 MYT

Pelakon Datuk Adi Putra meluahkan rasa syukur di atas kemenangan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung baru-baru ini.

Adi memenangi trofi tersebut menerusi lakonan hebatnya di dalam filem blockbuster pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Seorang Pahlawan.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, Adi berterima kasih kepada semua pihak dan berharap perjuangannya sebagai penggiat seni tidak hanya memberi manfaat di dunia, tetapi juga di akhirat kelak.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kepada Finas. Orang tua saya, isteri dan anak-anak saya serta semua peminat saya.

“Syukur di atas anugerah pelakon lelaki terbaik.

Tahniah juga kepada semua pemenang-pemenang di FFM.

“Tidak lupa juga kepada Syamsul Yusof selaku pengarah yang memberi saya peluang untuk menjadi perwatakan Mat Kilau.

“Mudah-mudahan dengan apa yang diperjuangkan dalam dunia perfileman ini bukan sekadar gimik atau khusus kepada dunia, tetapi mesej yang ingin disampaikan adalah untuk di akhirat suatu hari nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Adi tidak dapat hadirkan diri bagi menerima anugerah berkenaan kerana ketika ini dia sedang mengerjakan ibadah Umrah di tanah suci Mekah.

Dalam masa sama, Adi turut berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi saksi sepanjang kerjaya seninya daripada dulu hingga kini.

“Mana yang saya tak sempat nak ucap terima kasih, saya minta maaf . Ramai yang saya ingin ucap terima kasih kerana menjadi saksi sepanjang perjalanan kerjaya seni saya sebagai pelakon," tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adi Putra Penyeri Filem Aksi Punjabi Malaysia Saazish, Pengarah Akui Sukar Bersaing Dengan Filem Bollywood

gempak
30/06/2024
09:38 MYT
Pengarah filem Arjin Uppal mengakui salah satu sebab membikin filem aksi Punjabi Malaysia berjudul Saazish demi mengetengahkan budaya dan bahasa Punjabi kepada generasi muda.
Hiburan

Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta"

gempak
01/05/2024
00:30 MYT
Pelakon, Datuk Adi Putra tidak bersetuju apabila ada pihak cuba melagakan dan menyentuh isu kewarganegaraan seseorang susulan kontroversi dicetuskan pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Laman Utama

Mat Kilau, Imam Tayang Di Namibia, Terima Respons Positif

gempak
09/11/2023
13:45 MYT
Orang luar negara suka!
Laman Utama

Si Genius Matematik Kini Bergelar Suami… Adi Putra Hadiahkan Isteri Wang Hantaran RM9,999,99

gempak
03/11/2023
01:50 MYT
Tahniah!
Laman Utama

"Steady Video Tak Bergegar!" - Netizen Puji 'Filem' Promo Bulan Bintang Ada Beto Kusyairy

gempak
31/03/2023
14:26 MYT
Powernya Bulan Bintang!