Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Gelagat & Aksi Mesra Anak Eyra Hazali Dengan Bergson Da Silva Curi Perhatian Netizen - “Papa Awak Keeper Tau Bukan…”

Asyikin Mayudin
22/11/2022 09:55 MYT
Tular beberapa video memperlihatkan gelagat anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish yang teruja apabila dapat bersama Bergson Da Silva yang juga penyerang pasukan bola Johor Darul Ta'zim (JDT).

Hubungan rapat mereka itu mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur melihat aksi mesra Hayder dengan Bergson biarpun kedua-duanya tidak mempunyai pertalian darah.

Malah terdapat segelintir netizen juga berseloroh mengatakan Hayder seperti lupa akan bapanya yang juga adalah penjaga gol pasukan JDT iaitu Muhammad Haziq Nadzli.

“Lama-lama Bergson pindah terus duduk Malaysia gara-gara Hayder.

“Bergson suka kanak-kanak… penyayangnya. Untungnya Hayder. Nanti mesti dia rindu.

“Hayder, papa awak keeper tu tau bukan striker,” antara komen netizen.

Rakaman gelagat Hayder dengan Bergson itu diambil dari video yang dimuat naik Eyra Hazali di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Untuk rekod, Eyra popular menerusi drama Mr. Grey mendirikan rumah tangga bersama Haziq pada 19 November 2019.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 2 dan Muhammad Endra Haqimie yang kini sudah mencecah usia tujuh bulan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

undefined
#JDT #Eyra Hazali #Anak Eyra #Bergson #Bergson JDT #Eyra Haziq #Hayder #Hayder Bergson